IBUBAPA DAN ANAK
HORMATI BARANG anak kita
jika kita ingin mereka menghormati barang-barang kita,
Jika permainan itu rosak dan perlu dilupuskan sekalipun pastikan mendapat izin anak kita dengan menerangkan sebab-musababnya. (drpd iklan di IKIM.FM)
SAHUT PANGGILAN anak kita sesegera yang mungkin sekiranya kita mahu panggilan kita juga disahut secepat mungkin bila kita memerlukan mereka suatu hari nanti.
BELAI DAN DIDIK anak-anak kita dengan penuh kasih sayang, sebaik dan seikhlas mungkin kerana kita juga perlukan kasih sayang dan penjagaan yang baik dari mereka sekiranya kita mencapai usia tua dengan izinNya.
Tunjukkanlah BUDI PEKERTI MULIA kepada orang tua, anak-anak, dan persekitaran kita sekiranya kita ingin anak kita juga berpekerti mulia.
LAKUKAN apa sahaja perkara baik yang kita ingin anak kita lakukan.. SOLAT PADA WAKTUNYA, MEMBACA AL-QURAN, MENUNTUT ILMU UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH, HORMATI ORANG LAIN, MAKAN DENGAN BERADAB, BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH, LETAK KASUT DI TEMPAT YANG BETUL,
2012
Selamat Tahun Baru
Hari ini masing-masing bina azam baru
ada juga azam lama di refresh jadi baru
tidak mengapa kalau begitu
apa yang penting kita terus berusaha dan bersabar untuk mendapat keredhaan yang SATU..
HUTANG
ada orang sudah melangsaikan hutang tak nak pening-pening kepala
ada orang berjaya mengurangkan hutang jadi ringan sikit bebanan
ada orang menambah hutang demi keperluan
ada orang memberi hutang demi membantu yang memerlukan
tak apa la apa-apa pun kita masing-masing punya sasaran
apa yang penting kemuliaan hidup yang kita inginkan
Ajaran Islam mestilah dijadikan panduan
jauhkan riba, riak dan takbur semoga hidup sentiasa dalam naungan tuhan yang SATUSekadar berkongsi pantun dari rakan blogger.. boleh klik link dibawah untuk lebih banyak pantun dan lain-lain info..
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah
Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia
Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati
Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan
Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga